Friday, January 27, 2012

SEMALU. ;)

selamat sejahtera.. hope idop korang sentiase diberkati n dirahmati Allah k? hepi always... smile even u have a big-big problem k? aku doakan semoga hari ini lebih baek dri semalam. hey ya. gara2 aku tengok drama bersiri ibu yg bertajuk 'SEDINGIN LAVENDER'. best je kot. aku pon da jdik mcm mommy. suke tgok cite neh. uhhuhu. n korang nak tau tak ape kaitan tajuk entri neh ngan cite tuh. hehehe. nie sume sebab episod yg bru je tadi aku tengok. hehehe. sweet je kot. laki tuh *ntah ape name ntah. tapi bole tahan lah muke dye. hehehe. dye tnye pompuan kaya. heroin jugak lah. pernah bace tak satu buku neh. then girl tuh jawab baru bace cket2. den laki tuh kate lah dye suke satu tajuk neh kat ms 15. *sori aku tak berape dengar tajuk buku. ;) erm, tajuk yg dye suke tuh ialah 'BERCINTA DENGAN SEMALU' straight to the point. motif utama boy tuh ialah nk suruh girl tuh pakai tudung. wuaaaaa, cam sweet je aku rase. *pelik kn aku? HAHHA. ape2 pon. bace neh

Pada suatu hari,Rasulullah S.A.W. berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidina Fatima r.a.setibanya merka berdua di bawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..
 
Fatimah mengatakan kepada bapanya apakah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah.Rasulullah S.A.W. dengan tenang berkata kepada puteri kesayanganya itu bahawasanya pohon semalu itu berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut..
Rasulullah S.A.W.menyambung kata-katanya lagi.kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...
  1. pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.ini boleh di ibaratkan bahawa perempuan perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya)
  2. semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya .oleh itu perempuan perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  3. semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.ini bermakna perempuan solehah hedaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH rabbul'alamin..
  4. dan akhir sekali.semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang,oleh itu,kaum hawa sekalian kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja..
Wallahu'alam............



...ustazpenang...

dicopypaste from USTAZ ZIKIR~

nie ade lagi. dicopypaste from SPEAKERSEKOLAH

"Bagi saya. Pokok semalu ni macam prempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Begitu lantang sekali Siddiq mengutarakan jawapannya.
"Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan kenapa Siddiq kata pokok semalu ni macam perempuan?" Faris Haikal menduga pemikiran anak muda itu kerana teruja dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi. Jawapan yang lantang itu cukup tersembunyi dengan makna yang tersirat.
"Yela, perempuan kan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ini menunjukkan yang dia nak 'protect' diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang kebanyakannya muka tak tahu malu!" Bukan main tegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.

pssst :: bile bace blog speaker neh, aku teringat mase sekolah dulu2 [kat SMKA Lati dulu lah] orang2 panggil aku SPEAKER. HAHA. sebab suare aku yang kuat n lantang. ngee~

Nabi saw. pernah bersabda: 


“Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”

Milikilah sifat malu wahai para muslimah.....

di copypaste from SAHABAT BLOGGER

Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu.Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.
Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.
Ia punya perkaitan dengan diri wanita:
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…

link yg last n yg mule2 tuh mcam dri orang yg same je iaitu USTAZ PENANG. so. bace je lah yer? saje nk sharing bnde neh. hehehe. kalu korang da tau tak pe lah. aku juz nk shre pade yg blom tau je. ngee~ erm, aku juz tertarik je. kite [wanita] ibarat SEMALU. sedarlah. hihihihi. *macam tak sesuai kn aku berkate2 neh. ngee~ lagi. hehehe. ASSALAMUALAIKUM~

done? thnx sudi bace. :) really appreciate

0 comments: