Wednesday, February 8, 2012

9 sebab utama hati tidak bahagia

selamat sejahtera.. hope idop korang sentiase diberkati n dirahmati Allah k? hepi always... smile even u have a big-big problem k? aku doakan semoga hari ini lebih baek dri semalam. hey ya. juz wanna share this. :)

1.            Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang.

2.            Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari pluang utk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkn hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.            Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.            Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat, dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit, (rezeki yang diberikan oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih saying orang yang fasiq tetapi pemurah dan membenci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap member manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5.            Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga. Lagipun orang tamak selalu rugi. INGAT. ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita (ustaz ade bgtau tadi. J). Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain disitu). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.            Tidak Sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh sabar apatah lagi hal-hal yang besar.

7.            Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir ataupun batin.

8.            Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon didepan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambahkan amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak & takabbur dengan apa yang kita ada.

9.            Cinta Dunia
Tidak dapat menderita. Dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu senang dibahagi-bahagikan dan akhirat dibawa mati.

kesimpulannya; samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, keduanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kite akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. jadi sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. :D

like to share. :D ASSALAMUALAIKUM~
 

done? thnx sudi bace. :) really appreciate

0 comments: